Bala sentiasa turun kepada orang yang berdosa agar ianya bertaubat. Ujian juga sentiasa menduga orang beriman untuk menambahkan lagi keimanannya kepada Allah

Friday, March 5, 2010

TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH

TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH

URL : http://ukhuwwahislamiah.wordpress.com

PENDAHULUAN

Islam menggesa dan menggalakkan umatnya menuntut ilmu , sebagaimana dalam firman Allah s.w.t

dalam surah al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud:

“ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan Dia menciptakan manusia dan Alaq. Bacalah dan Tuhanmu yana maha pemurah, yang mengajar manusia dgn pena, mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”

DEFINISI

TEKNOLOGI ICT :

penggunaan teknologi berbentuk elektronik bagi tujuan menyimpan,memproses dan menyampaikan maklumat.

KAMUS DEWAN: Mengikut Kamus Dewan edisi yang keempat, ICT merupakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

AKIDAH:

Bidang teori yang perlu dipercayai terlebih dahulu sebelum yang lain-lain. Kepercayaan itu hendaklah

penuh,tiada bercampur dengan syak, ragu dan kesamaran.(Professor Dr. Syeikh Mahmud Shaltut, 1984).

Rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini. Akidah termasuk dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Islamadalah satu matapelajaran yang wajib dipelajari bagi semua pelajar

beragama Islam bermula daripada sekolah rendah hingga menengah dan merupakan subjek teras yang wajib diduduki dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SISTEM PENDIDIKAN MENENGAH

TERBAHAGI KEPADA 3 PERINGKAT:

1. Pendidikan Menengah Rendah,

2. Pendidikan Menengah atas

3. Pendidikan Menengah Tinggi.

(Sufean Hussin, 2004)

Pendidikan Islam :

Proses mendidik dan melatih akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai Islamiyah bersumberkan Al-Qurandan Sunnah untuk melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.

Metodologi Pendidikan Islam :

Himpunan kaedah, teknik, cara, gaya dan strategi yang digunakanoleh guru dalam menyampaikan isi

pengajaran agar ia mudah difahami dan dihayati oleh murid-murid. ( Ahmad Mohd Salleh (2004)

PERANAN PENGGUNAAN ICT

q Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar

q Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

q Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.

q Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

q Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

q Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.

q Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

ASPEK UTAMA TEKNOLOGI

o PEDAGOGI.

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal.

o KURIKULUM.

Kurikulum ialah isi kandungan matapelajaran yang hendak di ajar iaitu merangkumi kemahiran membaca, memahami, menghafaz ayat-ayat al-Quran dan menghayati serta mengamalkann isi kandungan dalam amalan kehidupan harian.

BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Bahan p&p penting dalam mewujudkan pembelajaran berkesan. Teknologi merupakan salah satu bahan p&p yang boleh di integrasikan dalam bilik darjah, contohnya menggunakan power point dan video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

* Faktor teknikal

Untuk membolehka kita berkomunikasi dengan komputer secara berkesan, kita mesti mengetahui bahasa pengaturcaraan

* Faktor Perisian

Dengan menggunakan komputer mikro yang meluas, harga perkakasan semakin menurun dan keupayaan komputer semakin bertambah, perisian pendidikan yang sesuai masih tidak mencukupi

ANTARA KEBAIKAN MENGGUNAKAN ICT (BORK 1985)

* Pelajar berminat menggunakan ICT

Individualisasi dan Interaksi

* Mempercepat proses pengajaran dan meningkatkan kefahaman dalam pencarian maklumat

KEBERKESANAN BERBANTU KOMPUTER

Pencapaian pelajar meningkat

Menggalakkan pelajar dan ibu bapa memperolehi pencapaian yang lebih baik

Memberi keputusan pencapaian yang lebih pantas dan pelajar dapat menilai sendiri dan memperbaikinya

*Mewujudkan pembelajaran lebih menarik, memuaskan dan memberikan ganjaran berbaloi kepada guru dan pelajar

Pelajar memiliki sikap positif terhadap pembelajaran berbantu komputer melalui kekerapan kehadiran, lebih menumpukan perhatian dan menambah motivasi.

Dapat mengekalkan maklumat belum diketahui

*Memberi kelebihan bagi sesetengah pelajar yang lemah

Latihan dan latih tubi

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ICT

Dapat mengindividukan pembelajaran

Murid belajar mengikut kemampuan sendiri

Meningkatkan motivasi

Boleh belajar tanpa penyeliaan atau penyeliaan yang minimum

Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran

Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing

Menerangkan bagaimana mengguna ICT sebagai alat aplikasi

*Melaksana aktiviti p&p yang mengguna ICT sebagai alat aplikasi

Merancang aktiviti p&p mengguna ICT sebagai alat aplikasi

Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi

Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik

* Guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar

*Murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

* Penyaluran input-input islam atau nilai-nilai murni dalam membentuk JERI dalam membentuk akidah pelajar

* Meningkatkan dakwah islamiah dikalangan pelajar dan masyarakat

Pengaliran dakwah yang berkesan dalam penyampaian multimedia

Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

* Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif

Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.

Boleh melibat pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran

KESIMPULAN

Perubahan dalam metodologi pengajaran Pendidikan Islam perlu dilaksanakan oleh GPI bagi memastikan hasrat Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam tercapat. Dengan itu GPI perlu lebih berani mempraktikkan TMK dalam pengajaran mereka. Walaupun berbagai alasan diberi untuk menolak penggunaan teknologi ini, tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi TMK dalam sistem pendidikan sedang bergerak pesat di seluruh dunia. Sikap GPI dalam menerima anjakan paradigma ini adalah penting bagi memastikan P&P Pendidikan Islam bukan sahaja diminati dan dirasai oleh murid tetapi yang lebih penting apabila ianya menimbulkan kesan dan penghayatan dalam kehidupan mereka.

Wednesday, January 13, 2010

Ahlan Wasahlan

Selamat datang ke Blog rantaian Tasbih.